top of page

Berfikir tentang LEAN atau berfikir secara LEAN, dua penyataan yang membawa pengertian yang besar dalam prinsip mengutamakan pelanggan.


Kaedah Pengurusan LEAN yang diadaptasi dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan mampu memaksimumkan penggunaan sumber-sumber dan mengurangkan pembaziran.

Lean adalah mudah. Jika kita memahaminya, ia akan membantu menambahbah baik bukan sahaja proses kerja individu tetapi rantaian satu proses dengan proses yang lain. Fokus dilihat dari aspek kerja yang dilakukan, prosedur yang terlibat serta cara kerja seharian yang apabila dipetakan, memperlihatkan supply chain atau rantaian bagi sesuatu proses.


Kemudian, organisasi Lean akan mengenal pasti pembaziran dan aktiviti yang tidak mempunyai nilai tambah iaitu fungsi dan aktiviti yang tidak membantu kelancaran proses kerja. Ruang pembaziran yang berlaku akan dikategorikan sebagai 7 jenis pembaziran.


Konsep ini sering dipanggil penambahbaikan atau Kaizen dalam sesuatu kerja. Berdasarkan konteks, namanya mempunyai intipati yang pelbagai dan akan membimbing ke tahap yang lebih baik. Kebiasaannya, ia boleh bermula daripada sekecil-kecil kaizen (penambahbaikan) sehinggalah inovasi untuk kaedah yang lebih berjaya.


Pembaziran sering dikaitkan dengan aktiviti yang dilakukan secara berlebihan. Namun tidakkah itu sesuatu yang baik apabila membuat sesuatu yang lebih? Kita bukan sahaja perlu mengenalpasti pembaziran tetapi tahu bagaimana hendak melihat pembaziran yang berlaku.
 

Lean boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja seperti di pejabat, rumah, kilang, pembaziran seperti adanya pergerakan yang tidak perlu, terlebih memproses bahan dan produk, kecacatan akibat produk rosak mahupun aduan yang diterima, proses dan penyampaian yang berulang kali, sistem pengangkutan dan inventori kurang cekap serta masa menunggu yang lama.
 

Jika berfikir secara Lean, kita perlu membuat kerja berdasarkan keperluan pelanggan sahaja iaitu mengamalkan konsep secara Pull dan melihat pembaziran dalam konteks yang lebih mendalam dan menggunakan kaedah Gemba Waste, barulah penambahbaikan boleh dibuat.

 

Implementasi Lean berlaku dengan melihat keperluan pelanggan. Elemen ini berkaitan dengan pemikiran Lean (Lean Thinking) yang boleh diadaptasikan dengan mana-mana industri. Lean bukan sahaja hebat di sektor pembuatan, ia banyak diamalkan di industri makanan, hospital dan tidak kurang juga di sekolah. Aspek yang terakhir apabila bercakap mengenai berfikir secara Lean adalah menjadikan apa yang dilakukan sempurna dan dihargai. Setiap pekerja yang melakukan aktiviti Lean perlu diberi kepercayaan dan yakin bahawa mereka boleh melakukannya, kerana Lean adalah aktiviti penambahbaikan yang akan berterusan dalam organisasi.


 

Sumber: MPC

 

PEMIKIRAN SECARA LEAN

Hubungi Kami:

03-8947 1522/1541

Seksyen Pembangunan Organisasi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor.

bottom of page